Kehidupan peribadi Ziana Zain

Pada 9 Mei 1998, Ziana zain menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System, MAS. Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah. Lebih 10 000 peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva ini secara dekat. Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC. Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain.

Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.[67]

Pada Mei 2018, suaminya Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada 6 Mac, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari.[68] Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.[69][70][71][72]

Rujukan

WikiPedia: Ziana Zain http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ma... http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor...